BLOG INI TELAH BERPINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG PENERANGAN UMNO KEDAH.

Pihak Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan ini ingin memaklumkan bahawa Blog ini tidak lagi akan diaktifkan selepas ini kerana telah dinaiktaraf dan dijenamakan semula bersempena penghijrahan kita ketahun baru 2010 bersama-sama azam dan iltizam baru selari dengan konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dan juga atas semangat BN Menang Kedah Senang. Namun begitu persembahan didalam Blog baru akan ditambahbaik dari masa kesemasa persembahannya agar penyampaian maklumat dapat dibaca dan lihat dengan jelas.

Pihak Biro Penerangan juga ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk diaktifkan kembali diatas sebab-sebab teknikal.

Alamat terbaru Blog Penerangan Perhubungan UMNO Kedah ialah:

http://onekedahinfo.blogspot.com/

Harap maklum dengan perkembangan ini.

Tuesday 30 June 2009

84.8% Dari 2,244 Responden Setuju Pendekatan Islam Hadhari

30 Jun 2009 - BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=421872

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Hasil kajian mengenai pelaksanaan Islam Hadhari menunjukkan 84.8 peratus dari 2,244 responden bersetuju dan menerima pendekatan Islam Hadhari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata responden terbabit terdiri daripada penjawat awam, kakitangan swasta, ahli korporat, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan politik, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, warga pendidik, pelajar sekolah dan anggota tentera yang mengikuti program penerangan dasar itu.

"Antara kajian yang dijalankan ialah Kajian Kefahaman dan Penerimaan Masyarakat Terhadap Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh Pakarunding Sdn Bhd, Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan seramai 2,244 responden," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai hasil kajian pelaksanaan Islam Hadhari oleh kerajaan.

Jamil Khir berkata selain itu, terdapat juga kajian dan penulisan tesis di kalangan penyelidik Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap pendekatan Islam Hadhari ke arah melahirkan masyarakat Islam yang cemerlang di kehidupan dunia dan akhirat.

Beliau berkata pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang itu juga mempunyai persamaan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jamil Khir berkata tanggapan pembangkang bahawa dasar Islam Hadhari gagal dan dilihat tiada kesinambungan dengan 1Malaysia adalah tidak.

"Jika dirujuk secara telus dan lengkap 10 perkara pokok melalui pendekatan Islam Hadhari dan dihubungkan dengan 1Malaysia, di sana ada persamaan yang begitu dekat," katanya.

-- BERNAMA

Monday 29 June 2009

Kenali Calon Kita di Manek Urai

Dari UMNO ONLINE (http://umno-online.com/?p=2994)

Kenalilah Calon Kita – Tuan Aziz Tuan Mat

Jun 29th, 2009 | By Zailan | Category: Berita Pilihan
KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.

Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.

Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai aktiviti.

Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.

Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. Mahathir

UTUSAN MALAYSIA (29.06.2009)

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau ditanya cabaran Nik Abdul Aziz yang mengajak Perdana Menteri berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai amalan rasuah dalam UMNO, Mahathir berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Beliau yang kecewa dengan keadaan rasuah dalam UMNO bagaimanapun berkata, pada masa ini terdapat usaha-usaha positif di kawasan tertentu untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada ahlinya untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya perlu meraih sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, angka yang menunjukkan ahli UMNO pada masa ini iaitu kira-kira 3.5 juta bukan ukuran menjamin kemenangan jika parti itu gagal meraih sokongan padu daripada rakyat.

Justeru, jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membersihkan imejnya dan sentiasa mendekati rakyat supaya mendapat sokongan mereka yang berpuas hati dengan prestasi dan imej parti.

Senarai Ketua Penerangan UMNO Bahagian 2008/2011

Senarai Ketua Penerangan UMNO Bahagian kini boleh didapati di blog ini.

Terima kasih.

Saturday 27 June 2009

YB Dato' Jamil Khir Dalam Media : METRO - 27.06.09 (ms 45)

Nik Aziz Samakan Perjuangan UMNO Dengan Ayah Pin & Komunis - Komen Tengku Razaleigh ....

Komen Tengku Razaleigh dalam The Star Online http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/26/mstar_berita/20090626152209&sec=mstar_berita

Jumaat Jun 26, 2009

Nik Aziz tidak sepatutnya kelirukan rakyat - Tengku Razaleigh
KUALA KRAI: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz, yang dibuat pada satu ceramah di Manek Urai lima hari lepas, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti Umno dan kita (Umno) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Tengku Razaleigh berkata apa yang penting ialah penduduk Manek Urai yang akan menghadapi satu pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai ini, tahu menilai mana yang betul atau sebaliknya.

Beliau berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil itu memandangkan Pas pernah tewas di situ.

"Kita kalah pada pilihan raya umum 2008 kerana sentimen yang kuat kepada pembangkang yang menimbulkan banyak isu yang mempengaruhi mereka pengundi," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob daripada Pas pada 22 Mei lepas. BERNAMA

Friday 26 June 2009

Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu

Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung di Kampung Padang Halban, Changloon, Kedah pada 27 Jun 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah YB Dato'Mukhriz Bin Tun Dr.Mahathir
(Bendahari UMNO Negeri Kedah & Ahli Parlimen Jerlun) & Tn.Haji Megat Zulkarnain Bin Datuk Haji Omardin (Exco Pemuda UMNO Malaysia & Ketua Pemuda Gombak).

Tuan2 semua dijemput hadir

Wednesday 24 June 2009

Tun Mahathir Sampai Ucaptama di Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah pada 28.06.2009 (Ahad) - jam 10.00 pagi di Dewan Persidangan Tingkat 8, Bangunan Tunku

TV Islam Dapat Sambutan

Utusan Malaysia Online - ARKIB : 22/06/2009

YAN 21 Jun - Hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu saluran televisyen Islam mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada penerbit drama dan rancangan berbentuk keagamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, golongan itu bersedia menerbitkan pelbagai program berbentuk Islam bagi memastikan saluran televisyen itu dapat membantu masyarakat termasuk dalam soal memahami tuntutan syariat.
''Ramai penerbit drama serta rancangan berbentuk dakwah berminat untuk menghasilkan material dan produk-produk yang sesuai untuk saluran televisyen ini.

''Kita tidak hanya akan membekalkan rancangan berbentuk ceramah agama sahaja kepada masyarakat, kita akan adunkan dengan pelbagai program yang selaras dengan syariat Islam untuk dijadikan contoh kepada kehidupan Muslim,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah di Kampung Kelantan di sini semalam.Program empat hari itu disertai oleh 68 belia dari sekitar kampung berkenaan dan 40 fasilitator dari Universiti Utara Malaysia serta Kolej Universiti Insaniah.

Program kali kedua anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda serta memastikan mereka bebas daripada anasir jenayah.

Menurut Jamil Khir, pihaknya berharap saluran televisyen berkenaan dapat menemui penonton secepat mungkin kerana pihaknya sedang menyelesaikan beberapa masalah dari sudut teknikal.
''Kami masih berusaha untuk mencari frekuensi yang sesuai untuk memancarkan saluran televisyen Islam ini.

''Kami juga tidak bercadang untuk menggunakan khidmat saluran televisyen berbayar kerana mahu setiap lapisan masyarakat terutama di luar bandar dapat menikmati program-program yang di siarkan,'' katanya.

Sunday 21 June 2009

TV Islam Diwujudkan

Utusan Malaysia Online : 20/06/2009

Najib Tun Razak berkata sesuatu kepada Jamil Khir Baharom (duduk, kiri) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Ke-99 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Jun - Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam hari ini bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak serta dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, mesyuarat akur bahawa banyak perkara dalam Islam bukan sahaja perlu disalurkan menerusi media malah maklumat dan faktanya harus tepat serta difahami khalayak.
''Contohnya berkenaan Baitul Mal yang mana kita mahu umat Islam membayar zakat tetapi pada masa sama juga kita mahu khalayak mengetahui menerusi media elektronik ini ke mana wang zakat itu disalurkan.

''Kita juga mahu mempertontonkan produk yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dalam memberi pinjaman kecil-kecilan, namun liputan mengenainya tidak menyeluruh turun ke bawah. Hal yang sama dengan siaran radio IKIM yang mencatat rating tertinggi yang akan diperluaskan skopnya dalam saluran televisyen Islam itu nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata, rangkaian televisyen Islam itu nanti berupaya menjadi pilihan untuk umat Islam negara ini memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam. ''Kita tidak mahu program-program yang bertentangan dengan adat susila, agama serta budaya rakyat Malaysia ditayangkan kepada umat Islam. ''Dengan itu nanti akhirnya akan tercapailah matlamat Islam itu sebagai cara hidup," katanya.

Saturday 20 June 2009

YB Dato' Jamil Khir di Yan, Kedah - 20.06.2009

YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir akan berada di Kedah untuk Program Cegah Jenayah anjuran Kementerian Belia & Sukan pada 20.06.2009 ini ( jam 2.30 petang) di Kampung Dulang , Yan, Kedah.

Sunday 14 June 2009

Ceramah 1 Malaysia di Auditorium Kedah FM 13.06.2009


Semalam (13.06.2009) , YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir telah menyampaikan ceramah dalam Program 1 Malaysia anjuran UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar di Auditorium Kedah FM, Jalan Kuala Kedah.

Ia turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah , Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah dari setiap peringkat telah hadir ke majlis tersebut.


** Gambar mengenai program ini boleh diakses di http://biropeneranganumnokedah.spaces.live.com/

Mesyuarat Pertama Biro Penerangan UMNO Kedah

Mesyuarat pertama Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah telah diadakan pada 13.06.2009 di Tingkat 7, Bangunan Tunku. Ia telah dipengerusikan oleh YB. Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir sendiri.
Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan bersama semua Ketua Penerangan UMNO Bahagian diikuti dengan perjumpaan dengan semua Ketua Penerangan Sayap UMNO daripada semua bahagian.

Perlantikan Muka Baru Dalam Badan Perhubungan UMNO Kedah

Berita dari Bernama :


14 Mei, 2009 21:52 PM

Tiga Muka Baru Dalam Badan Perhubungan Umno KedahBy: Ramjit-->

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Umno Kedah hari Khamis melantik tiga muka baru untuk menduduki Badan Perhubungan Umno Negeri.Dalam rombakan itu, Ketua Umno Bahagian Langkawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha mengisi tempat Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Hadzir Ismail manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Badruddin Amiruldin.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan pelantikan itu berkata pelantikan tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri yang beliau pengerusikan.Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan secara rasmi tugas Pengerusi Badan Umno Kedah kepada Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah."Rombakan ini dibuat untuk membolehkan Ketua-ketua Bahagian menumpu di peringkat masing-masing bagi melaksanakan satu gerak kerja baru secepat mungkin," kata Mohd Shafie kepada pemberita kemudiannya.

Belia berkata pelantikan Jamil Khir bertujuan untuk memantapkan jentera penerangan Umno Kedah bagi menangani isu-isu berkaitan agama yang berkait rapat dengan rakyat negeri Kedah."Gerak kerja yang disusun akan membabitkan pimpinan dari akar umbi sehingga pemimpin tertinggi secara lebih luas selain memberi fokus kepada kumpulan sasar untuk mempastikan setiap tindakan dan perkhidmatan Umno diterima oleh rakyat."Saya akan pastikan gerak kerja ini yang akan dilancarkan dalam masa terdekat diterjemahkan sehingga diterima rakyat supaya Umno dapat merampas semula Kedah daripada pembangkang," kata Mohd Shafie.

BERNAMA