BLOG INI TELAH BERPINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG PENERANGAN UMNO KEDAH.

Pihak Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan ini ingin memaklumkan bahawa Blog ini tidak lagi akan diaktifkan selepas ini kerana telah dinaiktaraf dan dijenamakan semula bersempena penghijrahan kita ketahun baru 2010 bersama-sama azam dan iltizam baru selari dengan konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dan juga atas semangat BN Menang Kedah Senang. Namun begitu persembahan didalam Blog baru akan ditambahbaik dari masa kesemasa persembahannya agar penyampaian maklumat dapat dibaca dan lihat dengan jelas.

Pihak Biro Penerangan juga ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk diaktifkan kembali diatas sebab-sebab teknikal.

Alamat terbaru Blog Penerangan Perhubungan UMNO Kedah ialah:

http://onekedahinfo.blogspot.com/

Harap maklum dengan perkembangan ini.

Monday 29 June 2009

Kenali Calon Kita di Manek Urai

Dari UMNO ONLINE (http://umno-online.com/?p=2994)

Kenalilah Calon Kita – Tuan Aziz Tuan Mat

Jun 29th, 2009 | By Zailan | Category: Berita Pilihan
KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.

Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.

Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai aktiviti.

Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.

No comments:

Post a Comment