BLOG INI TELAH BERPINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG PENERANGAN UMNO KEDAH.

Pihak Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan ini ingin memaklumkan bahawa Blog ini tidak lagi akan diaktifkan selepas ini kerana telah dinaiktaraf dan dijenamakan semula bersempena penghijrahan kita ketahun baru 2010 bersama-sama azam dan iltizam baru selari dengan konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dan juga atas semangat BN Menang Kedah Senang. Namun begitu persembahan didalam Blog baru akan ditambahbaik dari masa kesemasa persembahannya agar penyampaian maklumat dapat dibaca dan lihat dengan jelas.

Pihak Biro Penerangan juga ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk diaktifkan kembali diatas sebab-sebab teknikal.

Alamat terbaru Blog Penerangan Perhubungan UMNO Kedah ialah:

http://onekedahinfo.blogspot.com/

Harap maklum dengan perkembangan ini.

Wednesday 8 July 2009

Mesyuarat Bersama Setiausaha Perhubungan Negeri

Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat khas yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri - YB Dato' Ir Nawawi.

Ia telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO dari semua bahagian di negeri Kedah ini. Turut hadir ialah SUK UMNO Negeri (Dato' Ariffin) , Pengerusi Pusat Sumber Negeri (Dato' Bakri) dan YB Shabudin (Setiausaha Politik kepada YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir Baharom).

Banyak perancangan yang telah dan akan dibuat oleh UMNO Negeri dalam memantapkan jentera yang sedia ada bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang. Idea-idea baru yang cukup menarik telah dikemukakan dan ini sudah tentu akan menaikkan lagi semangat para ahli untuk terus berjuang bagi merampas kembali negeri ini dari tangan pembangkang.

2 comments:

  1. Ermm...serious? Errrrmmm...baguih la...hehhe..

    ReplyDelete
  2. idea hanya lakaran diatas kertas. dan sememangnya idea selalu menarik dan nampak pasti berjaya. Tetapi selalu yang terjadi adalah idea yang baik mati ditengah jalan kerana peringkat perlaksana gagal memahami idea dan menterjemahkan kepada kerja serta penghasilan.
    Selalu sangat UMNO tampil dengan idea, tetapi bila masa nak buat kerja, semua garu kepala tak tau nak buat dan yang paling malang ada main lepas tangan kata itu bukan kerja aku.

    ReplyDelete