BLOG INI TELAH BERPINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG PENERANGAN UMNO KEDAH.

Pihak Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan ini ingin memaklumkan bahawa Blog ini tidak lagi akan diaktifkan selepas ini kerana telah dinaiktaraf dan dijenamakan semula bersempena penghijrahan kita ketahun baru 2010 bersama-sama azam dan iltizam baru selari dengan konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dan juga atas semangat BN Menang Kedah Senang. Namun begitu persembahan didalam Blog baru akan ditambahbaik dari masa kesemasa persembahannya agar penyampaian maklumat dapat dibaca dan lihat dengan jelas.

Pihak Biro Penerangan juga ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk diaktifkan kembali diatas sebab-sebab teknikal.

Alamat terbaru Blog Penerangan Perhubungan UMNO Kedah ialah:

http://onekedahinfo.blogspot.com/

Harap maklum dengan perkembangan ini.

Tuesday 14 July 2009

PM Beri Nasihat Kepada UMNO Kedah

Utusan Online (14.07.2009)

Tiada jawatan kalau tak buat kerja - PM

ALOR SETAR 13 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu bahawa mereka tidak akan diberikan jawatan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Ini kerana menurutnya, UMNO memerlukan orang yang boleh membuat kerja dengan bersungguh-sungguh sepanjang masa dan sentiasa dekat di hati rakyat.

''Buat kerja sungguh-sungguh, turun ke bawah, dekat di hati rakyat sepanjang masa,'' ujarnya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin UMNO Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Penerangan, Senator Datuk Jamil Khir Baharum; Bendahari, Datuk Mukhriz Mahathir dan pemimpin-pemimpin sayap serta bahagian UMNO negeri ini.

Sambil mengingatkan bahawa mesej tersebut untuk ahli UMNO Kedah, tegas Najib, jawatan hanya akan diberi kepada ahli-ahli yang membuat kerja.

''Kalau nak jawatan, buat kerja dari sekarang. Saya bagi amaran kalau tak buat kerja jangan harap (dapat jawatan). Saya tak kira siapa kerana yang dipilih mesti buat kerja dan dekat di hati rakyat.

''Jangan jadi wakil rakyat tak buat kerja, jangan nak glamor... Sampai masa lobi, tak dapat lobi saya lobi pegawai saya, lobi semua orang dan apabila disemak, kerja tak buat, apa pun tak buat,'' tegasnya.

Najib turut menjelaskan bahawa beliau mengetahui mengenai apa yang berlaku di bahagian dan cawangan UMNO.

''Orang yang dipilih mestilah dekat di hati kita... Saya tahu ada jawatan Ketua Bahagian (UMNO), saya tahu apa permainannya.

''Yang penting bukan permainan dengan parti tetapi permainan dengan rakyat kerana sokongan rakyat itu penting," kata beliau.

Najib memberitahu, jika ahli-ahli parti mengikut panduan tersebut, UMNO akan dapat kembali menebus maruahnya di negeri ini.

5 comments:

  1. Salam:
    Tahniah Dato'Sri yang berani bersuara..mengejutkan mereka yang masih lena.

    Hari ini lihatlah diluar Bahtera UMNO sana,Awan sudah bertukar Warna...Laut tidak setenang dulu.

    Ribut dan taufan sedang menanti masa untuk mengkarakan bangsa.

    Apakah UMNO sudah bersedia..?? atau masih terus lena? Jangan karamkan bangsa dengan pemimpin-pemimpin yang lena.

    Celakalah Bangsa!

    wassallam.apbs

    ReplyDelete
  2. salam:

    Tahniah kerana Inisiatif kepimpinan baru UMNO kedah berjaya adakan Blog,untuk rakyat luahkan pandangan serta kritikkan agar dapat menyedarkan pemimpin yang masih dibuai mimpi2 indah yang merosak bangsa.

    wassallam.

    ReplyDelete
  3. salam.

    Alahai....betoi la UMNO nei lena mampuih blog pun tak Up date...setakat melepas batuk di tangga saja..rupanya !!! tahniah UMNO kedah !! Tahniah !!

    ReplyDelete
  4. salam.

    Kesian tengok blog Biro penerangan nei..Ust Jamil..sesekali teringatlah perjupaan kita...kes blog nei..ana rasa kalau nei lah cara biro yang ust urus nampaknya bungkuih lagi la UMNO ust...kawan2 kita dalam PAS tu ...bukan calang2 Ust oi..maklumlah semua kwn2 dari maktab mahmud...mana boleh lawan dengan Hamid Colleh yang saikular..

    jadi kalau dalam blog penerangan setakat siarkan ucapan PM yang berkurun2 nei sebagai kawan...ana cadang Ust tutup sajalah blog biro penerangan nei sebelum pihak pembangkang termasuk kwn2 kita....menjadikan blog Biro penerangan nei sebagai pentas depa dok caci maki UMNO...

    Cuba Ust tengok Blog Umno cawangan Taman Sejah tera Lunas....ana pun cadang supaya tutup saja...dari terus kita menyediakan pentas PAS dok maki hamun UMNO...

    Sebagai kawan...ust pertimbangkan cadangan Ana ini kalau pengurusan blog penerangan nei bagai hidup tak mau....mati pun tak mau...last last blog nei jadi hantu bungkuih ust...

    maaf ust diatas tegoran ana yang tak bijak berpolitikkk

    wassallam....

    ReplyDelete
  5. salam.

    Hari mungkin dah genap 3 bulan kot..Blog Biro Penerangan UMNO nei lena...bermakna dah 3 bulan tak ada penerangan dan perkembangan aktiviti UMNO semasa..

    UMNO...UMNO...Blog sekadar batuk di tangga..syabas !!!sibuk sungguh Biro penerangan UMNO kedah nei..

    ReplyDelete