BLOG INI TELAH BERPINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG PENERANGAN UMNO KEDAH.

Pihak Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan ini ingin memaklumkan bahawa Blog ini tidak lagi akan diaktifkan selepas ini kerana telah dinaiktaraf dan dijenamakan semula bersempena penghijrahan kita ketahun baru 2010 bersama-sama azam dan iltizam baru selari dengan konsep 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dan juga atas semangat BN Menang Kedah Senang. Namun begitu persembahan didalam Blog baru akan ditambahbaik dari masa kesemasa persembahannya agar penyampaian maklumat dapat dibaca dan lihat dengan jelas.

Pihak Biro Penerangan juga ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk diaktifkan kembali diatas sebab-sebab teknikal.

Alamat terbaru Blog Penerangan Perhubungan UMNO Kedah ialah:

http://onekedahinfo.blogspot.com/

Harap maklum dengan perkembangan ini.

Sunday 12 July 2009

11 Hadiah Untuk Rakyat - YAB Dato' Seri Najib (Sempena 100 Hari Pemerintahan)

Utusan Malaysia Online

ARKIB : 12/07/2009
11 ‘hadiah rakyat’


"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

"Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"

"Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin"

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2 comments:

  1. Selain dari Dana Tekun RM150 juta tu...apa lagi "hadiah" utk Melayu dan bumiputera? Bukankah kita ada social contract yg perlu dilaksanakan?

    ReplyDelete
  2. Salam... Bagus pendekatan untuk mesra rakyat ni... sekurang-kurangnya pemimpin faham masalah rakyat... tetapi masih boleh diperluaskan...
    a)20% untuk 80 kali ni tak banyak membantu...
    penurunan tanpa syarat membantu...
    b)50% lesen perniagaan perlu diperluaskan ke seluruh negara......\
    c)150juta untuk peniagaan mungkin membantu...
    d)pemberian permit teksi perlu di diperhalusi agar mereka yang berhak sahaja layak..(datuk2 tak payah bagi laa kot),
    e) komited perangi jenayah .. apa solution nya??perkasakan PDRM etc????
    f)Lesen motor? saya rasa RM150 lebih meringankan... free lagi baik... tapi mustahillah...
    g)Amanah Saham 1 Malaysia... baik untuk simpanan tetapi pemberian divident perlu pengikut kepada semaksima mungkin berdasarkan prestasi pasaran bukan menghadkan.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete